Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga
menyebabkan ada mereka yang sanggup
memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata
untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan
Kembang ini.
Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri
budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu,
Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya
menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan
Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu
tarikan kepada pelancong luar.
Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama
kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak
Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang
Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-
macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik
nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan
manis sekali.
Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi
Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada
yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat
anda terkenang-kenang keenakan makanan itu.
Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak
Jalil Hamid: "makanan pelik-pelik, tahi minyak
tahi itik," yang pelik dan unik itulah
bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke
negeri ini.
Kaya Dengan Juadah Tradisi
Menurut Pengarah Pelancongan Negeri Kelantan
Muhammad Zaki Talib, Kelantan sememangnya kaya
dengan pelbagai jenis makanan yang 'eksotik'
namanya namun itulah hakikat betapa hebatnya
aneka makanan tradisi negeri ini yang tidak
akan kita jumpa di tempat lain.
Kuih-muih dan makanan tradisional Kelantan
sebenarnya juga merupakan produk yang boleh
dijual atas nama pelancongan sebagai daya
tarikan melawat negeri ini.
Rambang Mata Dengan Makanan Kelantan
Pelbagai makanan tradisi bermacam rasa dan
bentuk seperti cek mek molek, jala mas, akok,
puteri mandi, pulut bakar, buah tanjung dan
ketupat sotong juga merupakan antara yang
mewarnai kemeriahan pesta makanan kali ini.
Pengunjung pesta makanan ini pasti rambang mata
melihat keunikan pelbagai jenis makanan
termasuk hidangan nasi berwarna-warni yang
dihasilkan dalam aneka bentuk dan rupa serta
dihias cantik hingga terkecur lidah
memandangnya.
Menikmati Enaknya Makanan Kelantan
Di Kota Baharu sahaja misalnya, banyak lagi
lokasi yang boleh dikunjungi untuk terus
menikmati juadah istimewa seperti itu dengan
harga yang cukup murah.
Pergilah ke medan selera Buluh Kubu di sini
yang kaya dengan beraneka jenis juadah atau ke
pasar lama Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB).
Pengunjung juga boleh mencuba 'steamboat
istimewa' di Food Village, yang menawarkan
pengalaman berbeza apabila pengunjung bukan
sahaja mencelup makanan mentah di dalam sup
tetapi juga dalam masa yang sama boleh membakar
daging secara terus di atasnya.
Berdasarkan apa yang dipaparkan, jelas Kelantan
mempunyai keunikannya tersendiri, kepelbagaian
makanan dan budi bahasa penduduknya yang
tinggi, melengkapkan negeri ini sebagai