Thursday, 28 July 2011

#2 // maKaNan baRat di SetiaP neGeRi . . . .

jom makan - makan !!!!








kita juga selalu ke tempat-tempat yang menyediakan makanan - makanan barat seperti pizza, burger, ayam kentucky dan macam - macam lagi terutama sekali apabila keluar makan - makan dengan kawan - kawan.
begitu juga saya ! tempat kegemaran saya yang selalu dikunjungi ialah Pizza Hut, McDonald, Secret Recipe dan KFC.

ibu dan bapa saudara

di Pizza Hut, saya pastinya akan memesan hidangan Cheesy 6, kegemaran saya dan juga sup di sana. sangat sedap. begitu juga dengan menu lain. sebelum saya mendaftarkan diri ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), saya sempat ke Seremban, rumah bapa saudara saya. pada waktu malam, kami keluar dan memilih untuk makan malam di Pizza Hut. wah! saya sungguh gembira. di sana, bapa saudara saya telah memesan chicken wings, super supreme pizza, cheesy lava stuffed crust, crunchy cheesy bites dan kesukaan saya apabila dihidangkan dengan sup pizza hut. yummy! saya sertakan beberapa gambar ketika sedang menikmati pizza di sana.

crunchy cheesy bites
selain itu, saya juga suka ke KFC (kentucky fried chicken). saya dan rakan-rakan sempat mengunjungi KFC di pekan Tanjung Malim yang bersebelahan dengan Pizza Hut. di KFC, saya telah memesan menu yang belum pernah saya cuba iaitu KFC Toasted Pocketful. semasa kunjungan saya kali kedua, saya dan rakan saya, haziera shazwanie memilih untuk makan tengahari dengan memesan menu "lunch treat". kami disediakan dengan seketul ayam, nasi dan coleslaw bersama air 'ice lemon tea.




lunch treat

di pekan Tanjung Malim tidak terdapat McDonald. tapi saya tetap akan memesan menu kegemaran saya setiap kali berkunjung ke McD iaitu Double Cheeseburger atau McChicken. wah! sangat teruja menikmatinya.


McChicken

Double Cheeseburger

SELAMAT MENIKMATI ! ! ! !

No comments:

Post a Comment