Saturday, 27 August 2011

#10 // RaYa ! raYa ! RaYa !


yeaY ! ! ! 
Nampaknya, hari raya semakin dekat. Ngee~~ dah tak sabar2 nak balek nie. Dh bayangkan macam – macam jenis makanan dah nie. Kat bawah nie aq listkan makanan – makanan yang biasa menjadi juadah istimewa semasa menyambut hari lebaran (tulis post nie masa bulan ramadhan, kecur air liur. HuhuJ)

BiSkUt RaYa
Menjelang hari raya, mesti semua dah terbayang aneka BISKUT RAYA. Sama ada, mahu beli atau pun buat sendiri bersama yang tersayang di rumah.







Menjelang hari raya, mesti semua dah terbayang aneka BISKUT RAYA. Sama ada, mahu beli atau pun buat sendiri bersama yang tersayang di rumah. Antara yang disenaraikan di atas ialah tart nenas, almond London, popia mini, biskut cornflakes dan biskut makmur yang menjadi pilihan semasa hari raya. J


rEnDaNg

Rendang juga menjadi salah satu juadah wajib bila menyambut hari raya. Rendang ayam, rendang daging, wah!! Sangat sedap. Sedap di makan bersama nasi atau pun makan begitu saja.




LeManG daN keTuPaT
ketupat dan lemang sudah sinonim dengan perayaan ini. Ketupat yang aq tahu ada dua jenis iaitu ketupat anyam ngan ketupat palas. Lemang lak kne bakar dlm masa yang lama, baru lah masak. Boleh dan sedap jika di makan dengan serunding.







Wah2!!! Tak sabar rasanya menunggu detik hari lebaran yang meriah dan tentunya penuh dengan pelbagai juadah.

Tuesday, 23 August 2011

#9 // maKanaN unTuK meNguaTkaN miNDa ! ! !

Untuk mendapatkan rangsangan minda yang kuat, ada caranya. Berikut merupakan makanan yang terbaik untuk meningkatkan daya ingatan.
Kismis

   


Memakan kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina sel darah merah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Kaedah terbaik menikmati kismis adalah dengan mengemamnya seperti gula-gula, bukan mengunyah seperti kacang. Pengambilannya yang disyorkan sekurang-kurangnya 21 biji setiap hari.     

Ikan



Saintis mengatakan unsur yang diperlukan otak bagi merangsang aktiviti sinaps ialah DHA. Manakala makanan yang kaya dengan sumber DHA ialah ikan, dan yang terbaik daripadanya ialah ikan salmon. Ikan salmon yang berlemak mengandungi asid lemak omega-3-DHA dan EPA yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. 

Susu


Nutrisi dalam susu sangat berguna untuk kesihatan otak, menguatkan ingatan serta membekalkan tenaga dan fizikal. Ia boleh merawat beberapa penyakit selain boleh mengatasi lupa. Susu segar lebih baik daripada susu yang telah diproses. Produk susu seperti yogurt dan keju juga bagus untuk kesihatan otak.

Madu


Makanan manis yang sedap, berzat serta boleh menjadi ubat, itulah madu. la mengandungi pelbagai jenis mineral, vitamin, protein, antiseptik, enzim serta pelbagai jenis zat galian lain. Kesemuanya sangat bermanfaat untuk menguatkan kecerdasan otak.
Sayur - sayuran

Sama seperti buah, sayur-sayuran memiliki khasiat yang tinggi untuk kesihatan minda terutamanya jenis berwarna. Tomato, labu, bayam, ubi kentang, dan lobak merah antara jenis sayuran yang mempunyai antioksida yang boleh menguatkan sel otak.

Telur




Sebagaimana susu, telur dikelaskan sebagai makanan lengkap yang mempunyai hampir semua zat yang diperlukan tubuh. Protein, mineral, vitamin,kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, zat besi, air dan bahan ekstrak yang terkandung di dalamnya amat berfaedah untuk meningkatkan fungsi otak sekali gus menjaga kesihatan tubuh keseluruhannya. Telur kuning lebih baik berbanding dengan telur putih kerana kandungan kolinnya yang tinggi. la boleh mengatasi lemah badan serta menguatkan memori. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung segar. 

Semua yang di senaraikan diatas merupakan makanan yang senang didapati dan juga menjadi makanan yang digemari ramai, oleh itu, amal – amalkan la selalu ! 

Sunday, 21 August 2011

#8 // maKanan keKaL teNaGa keTiKa beRpuaSa

Mudah berasa letih ketika berpuasa di bulan ramadhan? Keletihan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan kita. Ada beberapa makanan sihat bernutrisi tinggi yang baik untuk mengekal dan meningkatkan tenaga ketika berpuasa. Elok diambil ketika bersahur ataupun berbuka puasa.


1)YOGURT


Yoghurt mengandung gula alami, protein dan pro-biotik. Makan 250 ml yogurt sehari boleh memberikan tenaga tambahan dengan cepat. Ia bukan sahaja makanan yang baik dan berkhasiat untuk sistem percernaan malah boleh mencegah bau mulut dan boleh mengelakkan rasa cepat mengantuk ketika berpuasa.

2)OATMEAL


Semangkuk kecil oatmeal dicampur dengan susu atau air akan memberikan tenaga  pada tubuh dengan cepat. Kandungan karbohidrat dan serat yang terdapat didalamnya juga mampu memberi rasa kenyang dengan lebih lama. 

3)AIR ATAU JUS



Dehidrasi adalah salah satu penyebab utama kelelahan. Minum segelas air atau jus buah segar yang memberi asupan vitamin C, A dan B1 boleh mencegah dehidrasi. Pastikan kita mengambil air yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas air sehari walaupun berpuasa

4)KEKACANG

Segenggam kekacang dari pelbagai jenis mampu membekalkan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari kerana ia berasal dari protein dan karbohidrat yang kompleks. Malah ia kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kekal cergas sepanjang berpuasa



5)MAKANAN KAYA ZAT BESI



Zat besi merupakan salah satu nutrisi penting yang membantu mengatasi keletihan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia yang menjadi penyebab utama keletihan mental dan otot. Biasanya bayam adalah pilihan yang baik untuk mendapat kandungan zat besi yang mencukupi.

ITU SAHAJA YANG MAMPU AQ SENARAIKAN BUAT MASA INI. SELAMAT MEMBACA. HEHEJ

Saturday, 20 August 2011

#7 // 5 maKaNan keGemaRan MaLaYsia ! ! !

Hik2. Sblm nie aq dah post pasal 10 makanan tersedap di dunia. Sekarang, aq akan post pasal 5 makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia pula. Baca yer, jangan tak baca. Ngee~~
1) NASI LEMAK



Nasi lemak, nasi yang dimasak dengan santan ,ikan bilis, kacang goreng ,sayuran dan sambal merupakan salah satu hidangan kegemaran orang malaysaia. Hidangan ini termasuk salah satu hidangan terkena yang dapat ditemukan di Asia Tenggara . Nasi lemak ini sangat mudah ditemukan di Malaysia. 



2) IPOH HOR FUN


Jika anda mempunyai masa lapang untuk berkunjung ke ipoh, jangan terlepas untuk mencuba salah satu hidangan yang terkenal ini “ipoh Hor Fun”. Pada umumya hidangan ini memiliki 2 variasi, yang satu berupa sup dengan ayam dan udang, sementara versi yang lainnya digoreng.

3) ayam buah keluak



Ayam buah keluak ini merupakan masakan Nyonya versi Melaka yang menggunakan santan dalam proses pembuatannya. Ayam buah keluak ini adalah salah satu hidangan popular , yang ayamnya direbus dan dicampur  dengan taucu.

4) ikan bakar



Ikan bakar salah satu hidangan malaysia yang wajib dicuba. Cara membuatnya, yang pertama makanan ini direndam dalam buluh yang telah dicampur rempah-rempah, kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dibakar dengan panggangan diatas bara api. Hmmm… rasanya pasti mampu menggugat selera.

5) laksa penang



Laksa Penang adalah mi beras yang disajikan dengan kuah yang rasanya cukup pedas dan sedap. Untuk merasa menu makanan ini ada 2 versi jenis asam dan jenis lemak.

Kita sebagai rakyat Malaysia, sayang sekali jika melepaskan peluang untuk merasa semua yang telah di senaraikan di atas kerana sangat mudah didapati di mana – mana.

Friday, 19 August 2011

#6 // tOp 10 maKanan paLinG sEdaP di DuNia ! ! !

Dalam dunia ni mungkin terdapat ratusan ribu atau mungkin juga jutaan jenis makanan. Tak sangka Laksa Penang, Malaysia tersenarai dalam top 10 makanan paling sedap di dunia yang disenaraikan oleh CNNGo.com . di bawah adalh senarai - senarai nya :


1) Massaman curry, thailand




Raja-kari, dan mungkin raja semua makanan. Pedas, manis dan berperisa, kombinasi rasa yang pelbagai. Syukurlah, seseorang mencipta beras, dan  pengunjung boleh merasa titisan terakhir sos kari.

Di Thailand makanan yang paling lazat ini di jual di hampir setiap sudut jalan.


2)Neapolitan Pizza, Italy 



Pizza terbaik dan masih Neapolitan yang ringkas, ciptaan yang kini dilindungi oleh persatuan perdagangan sendiri yang mengandungi garam laut, tepung gandum gred tinggi, penggunaan hanya tiga jenis tomato segar, doh yang diuli dengan tangan sendiri dan penggunaan ketuhar kayu antara ketetapan kualiti yang lain.

Dengan hanya beberapa bahan: doh, tomato, minyak zaitun, garam dan selasih (pizza Marinara tidak mengandungi keju). Neapolitans mencipta makananyang hanya beberapa orang membuat dengan betul, tetapi semua orang gembira menikmatinya.


3) Chocolate, Mexico 


Tanpa krim ini, gula-gula pahit-manis, Hari Valentine akan menjadi semua kad dan bunga, Easter akan menghidupkan kembali ke dalam acara agama lain yang membosankan..

4)Sushi, Japan


Sushi makanan tipikal Jepun dengan sejarah dan tradisi lebih seribu tahun . Ia  mungkin telah menjadi  contoh yang paling ketara masakan Jepun di negara-negara lain.Terdiri daripada beras yang dimasak sejuk dengan cuka yang dibentuk kepada kepingan bersaiz sesuai untuk di gigit dan didahului dengan ikan mentah atau dimasak, atau dibentuk menjadi satu roll dengan ikan, telur, atau sayur-sayuran dan dibalut dengan rumpai laut atau disumbat dalam kantung kecil tauhu.

5) Peking Duck, China 


Lapisan-sirap menjadi maltosa kulit adalah rahsia. Dipanggang dengan lambat dalam oven, rangup dan boleh dimakan dengan lempeng, bawang dan dan hoisin atau sos kacang manis.


Selain daripada terbang atau terapung, ini adalah satu-satunya cara anda mahukan itik anda
.


6)Hamburger, Jerman




Apabila sesuatu rasa begitu baik tidak hairanlah ramai orang membelanjakan AS $ 20 bilion setiap tahun dalam satu restoran.  McDonald tidak boleh menawarkan burger yangterbaik.
Gabungan roti-daging-salad begitu baik bahawa seluruh negara telah merosakkan ekosistem mereka sahaja untuk menghasilkan lebih banyak lembu.




7) Penang Assam Laksa, Malaysia




Ikan kembung rebus, asam jawa, cili, pudina, serai, bawang, nanas .. salah satu hidangan yang paling popular di Malaysia ini adalah hidangan pedas – masam bersama mi yang menjadi ketagihan (terutamanya hebat apabila digabungkan dengan halia), yang akan membuatkan hidung anda berjalan sebelum sudu  mencecah bibir anda.


8) Tom Yum Goong, Thailand



Ini karya Thai dengan udang, cendawan, tomato, serai, lengkuas dan daun limau purut. Biasanya penuh dengan santan dan krim, sup enak menyatukan pelbagairasa kegemaran Thai: masam, masin, pedas dan manis. Terbaik dari semua harga:murah!


9) Ice Cream, United States



U.S.-sebaldi ais - krim dengan kacang, marshmallow dan sos coklat.



10) Chicken Muamba, Gabon



Resipi yang sesuai untuk ayam, cili, bawang putih,tomato, lada, garam, bendi dan sawit mentega, mentega yang akan memaksa anda menjadi membantu kedua dan janji untuk mula menggunakan keahlian gimnasium anda.


TERIMA KASIH SUDI BACA POST INI ! ! !

Sunday, 14 August 2011

#5 // maKaNan TraDisiOnaL mELaYu ! ! !


Negara Malaysia kaya dengan makanan...


kerana kita di sini terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan
 suku kaum..Disebabkan itu di Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada yang kita xpernah tengok; rasa dan tak pernah tahu.."bahawa adanya makanan sebegitu di negara kita.." 

Namun yang pasti, semakin kita beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama penduduk di tiap negeri. Terutama Kuih-kuih tradisi orang melayu. Andai ditanya pada anak muda.."pernahkah dengar nama makanan ni...?" Confirm!! pasti kerut dahi yang kelihatan..Al-maklum la..negara kita dah makin pesat membangun masih adakah insan yang masih menjadikan kuih-kuih tradisi menu utama mereka..? Ya, masih ada cuma hanya sebilangan dari kita...

Nah..ini beberapa himpunan makanan tradisi orang melayu yang popular satu ketika dahulu...


DODOL

 Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan.


LEMPENG KELAPA




Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.



SLEMANG



Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis. 



JALA MAS




Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis; dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi hidangan raka dan kaum bangsawan.


HALWA MASKAT


Hidangan ini merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang. Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung dan gula. 






#4 // naSiK gOreNg tOm yaM ! ! !

nasik goreng tom yam! salah satu makanan yang menjadi kegemaran aq. 

hehe. sebelum ini aq belum pernah makan nasi goreng tom yam, sejak aq datang ke UPSI, aq terpaksa merajinkan diri untuk ke kedai - kedai makan yang terdapat di sekitar Kolej Harun Aminurrashid. antara kedai yang selalu menjadi kunjungan aq di sini adalah kedai Zee Tom Yam, Shahira Tom Yam, One Smile Bistro. aq jatuh cinta dengan nasi goreng tom yam. hehe. 

di sini aq serta kan beberapa keping gambar. setiap kali ke kedai makan mesti aq akan memilih menu kegemaran aq itu.nasik goreng lain juga turut menjadi pilihan aq sepert nasi goreng ayam black pepper, nasi goreng cina dan lain2 lagi.:)