Saturday, 20 August 2011

#7 // 5 maKaNan keGemaRan MaLaYsia ! ! !

Hik2. Sblm nie aq dah post pasal 10 makanan tersedap di dunia. Sekarang, aq akan post pasal 5 makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia pula. Baca yer, jangan tak baca. Ngee~~
1) NASI LEMAK



Nasi lemak, nasi yang dimasak dengan santan ,ikan bilis, kacang goreng ,sayuran dan sambal merupakan salah satu hidangan kegemaran orang malaysaia. Hidangan ini termasuk salah satu hidangan terkena yang dapat ditemukan di Asia Tenggara . Nasi lemak ini sangat mudah ditemukan di Malaysia. 



2) IPOH HOR FUN


Jika anda mempunyai masa lapang untuk berkunjung ke ipoh, jangan terlepas untuk mencuba salah satu hidangan yang terkenal ini “ipoh Hor Fun”. Pada umumya hidangan ini memiliki 2 variasi, yang satu berupa sup dengan ayam dan udang, sementara versi yang lainnya digoreng.

3) ayam buah keluak



Ayam buah keluak ini merupakan masakan Nyonya versi Melaka yang menggunakan santan dalam proses pembuatannya. Ayam buah keluak ini adalah salah satu hidangan popular , yang ayamnya direbus dan dicampur  dengan taucu.

4) ikan bakar



Ikan bakar salah satu hidangan malaysia yang wajib dicuba. Cara membuatnya, yang pertama makanan ini direndam dalam buluh yang telah dicampur rempah-rempah, kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dibakar dengan panggangan diatas bara api. Hmmm… rasanya pasti mampu menggugat selera.

5) laksa penang



Laksa Penang adalah mi beras yang disajikan dengan kuah yang rasanya cukup pedas dan sedap. Untuk merasa menu makanan ini ada 2 versi jenis asam dan jenis lemak.

Kita sebagai rakyat Malaysia, sayang sekali jika melepaskan peluang untuk merasa semua yang telah di senaraikan di atas kerana sangat mudah didapati di mana – mana.

No comments:

Post a Comment