Sunday 14 August 2011

#5 // maKaNan TraDisiOnaL mELaYu ! ! !


Negara Malaysia kaya dengan makanan...


kerana kita di sini terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan
 suku kaum..Disebabkan itu di Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada yang kita xpernah tengok; rasa dan tak pernah tahu.."bahawa adanya makanan sebegitu di negara kita.." 

Namun yang pasti, semakin kita beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama penduduk di tiap negeri. Terutama Kuih-kuih tradisi orang melayu. Andai ditanya pada anak muda.."pernahkah dengar nama makanan ni...?" Confirm!! pasti kerut dahi yang kelihatan..Al-maklum la..negara kita dah makin pesat membangun masih adakah insan yang masih menjadikan kuih-kuih tradisi menu utama mereka..? Ya, masih ada cuma hanya sebilangan dari kita...

Nah..ini beberapa himpunan makanan tradisi orang melayu yang popular satu ketika dahulu...


DODOL

 Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan.


LEMPENG KELAPA




Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.



SLEMANG



Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis. 



JALA MAS




Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis; dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi hidangan raka dan kaum bangsawan.


HALWA MASKAT


Hidangan ini merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang. Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung dan gula. 






No comments:

Post a Comment