Tuesday 23 August 2011

#9 // maKanaN unTuK meNguaTkaN miNDa ! ! !

Untuk mendapatkan rangsangan minda yang kuat, ada caranya. Berikut merupakan makanan yang terbaik untuk meningkatkan daya ingatan.
Kismis

   


Memakan kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina sel darah merah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Kaedah terbaik menikmati kismis adalah dengan mengemamnya seperti gula-gula, bukan mengunyah seperti kacang. Pengambilannya yang disyorkan sekurang-kurangnya 21 biji setiap hari.     

Ikan



Saintis mengatakan unsur yang diperlukan otak bagi merangsang aktiviti sinaps ialah DHA. Manakala makanan yang kaya dengan sumber DHA ialah ikan, dan yang terbaik daripadanya ialah ikan salmon. Ikan salmon yang berlemak mengandungi asid lemak omega-3-DHA dan EPA yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. 

Susu


Nutrisi dalam susu sangat berguna untuk kesihatan otak, menguatkan ingatan serta membekalkan tenaga dan fizikal. Ia boleh merawat beberapa penyakit selain boleh mengatasi lupa. Susu segar lebih baik daripada susu yang telah diproses. Produk susu seperti yogurt dan keju juga bagus untuk kesihatan otak.

Madu


Makanan manis yang sedap, berzat serta boleh menjadi ubat, itulah madu. la mengandungi pelbagai jenis mineral, vitamin, protein, antiseptik, enzim serta pelbagai jenis zat galian lain. Kesemuanya sangat bermanfaat untuk menguatkan kecerdasan otak.
Sayur - sayuran

Sama seperti buah, sayur-sayuran memiliki khasiat yang tinggi untuk kesihatan minda terutamanya jenis berwarna. Tomato, labu, bayam, ubi kentang, dan lobak merah antara jenis sayuran yang mempunyai antioksida yang boleh menguatkan sel otak.

Telur




Sebagaimana susu, telur dikelaskan sebagai makanan lengkap yang mempunyai hampir semua zat yang diperlukan tubuh. Protein, mineral, vitamin,kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, zat besi, air dan bahan ekstrak yang terkandung di dalamnya amat berfaedah untuk meningkatkan fungsi otak sekali gus menjaga kesihatan tubuh keseluruhannya. Telur kuning lebih baik berbanding dengan telur putih kerana kandungan kolinnya yang tinggi. la boleh mengatasi lemah badan serta menguatkan memori. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung segar. 

Semua yang di senaraikan diatas merupakan makanan yang senang didapati dan juga menjadi makanan yang digemari ramai, oleh itu, amal – amalkan la selalu ! 

No comments:

Post a Comment