1)YOGURT
Yoghurt mengandung gula alami, protein dan pro-biotik. Makan 250 ml yogurt sehari boleh memberikan tenaga tambahan dengan cepat. Ia bukan sahaja makanan yang baik dan berkhasiat untuk sistem percernaan malah boleh mencegah bau mulut dan boleh mengelakkan rasa cepat mengantuk ketika berpuasa.
2)OATMEAL
Semangkuk kecil oatmeal dicampur dengan susu atau air akan memberikan tenaga pada tubuh dengan cepat. Kandungan karbohidrat dan serat yang terdapat didalamnya juga mampu memberi rasa kenyang dengan lebih lama.
3)AIR ATAU JUS
Dehidrasi adalah salah satu penyebab utama kelelahan. Minum segelas air atau jus buah segar yang memberi asupan vitamin C, A dan B1 boleh mencegah dehidrasi. Pastikan kita mengambil air yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas air sehari walaupun berpuasa
4)KEKACANG
Segenggam kekacang dari pelbagai jenis mampu membekalkan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari kerana ia berasal dari protein dan karbohidrat yang kompleks. Malah ia kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kekal cergas sepanjang berpuasa
5)MAKANAN KAYA ZAT BESI
Zat besi merupakan salah satu nutrisi penting yang membantu mengatasi keletihan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia yang menjadi penyebab utama keletihan mental dan otot. Biasanya bayam adalah pilihan yang baik untuk mendapat kandungan zat besi yang mencukupi.
ITU SAHAJA YANG MAMPU AQ SENARAIKAN BUAT MASA INI. SELAMAT MEMBACA. HEHEJ
No comments:
Post a Comment